Maafkan, mereka tidak tahu


Surah At-Taubah adalah antara surah terakhir yang diturunkan. Allah s.w.t beri peluang 22 tahun (dan 4 bulan) kepada musyrikeen Makkah. Selepas tempoh ini, tiada lagi musyrik boleh berada di tanah suci Makkah Yang asalnya dibangun untuk tauhid (oleh Nabi Ibrahim a.s)

Makkah kota tauhid.
Makkah bukan Kota syirik. 

Islam juga, bukan agama perang.
Islam adalah agama damai. 
Perintah pemisahan diri orang-orang Islam terhadap musyrikeen Makkah turun selepas 22 tahun Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan quran kepada mereka. 

Namun.
Mereka berterusan mengancam dan melawan Nabi Muhammad s.a.w. 

Di sebalik kerasnya perintah Allah s.w.t terhadap musyrikeen Makkah yang berterusan langgar perjanjian dengan umat Islam, perintah taubat kerap kali diulang.

Mereka sebenarnya tetap diberi peluang. 

Dan khusus untuk golongan musyrikeen yang tidak memusuhi umat Islam, jika mereka minta perlindungan, berilah perlindungan. 

Agar mereka sempat memahami wahyu Allah s.w.t.

======

{ وَإِنۡ أَحَدٞ مِّنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ ٱسۡتَجَارَكَ فَأَجِرۡهُ حَتَّىٰ يَسۡمَعَ كَلَٰمَ ٱللَّهِ ثُمَّ أَبۡلِغۡهُ مَأۡمَنَهُۥۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ }

Dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu (untuk memahami Islam), maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah (tentang hakikat Islam itu), kemudian hantarlah dia ke mana-mana tempat yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut ialah kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui (hakikat Islam).
[Surah At-Tawbah: 6]

=====

Satu pengajaran Indah melalui ayat ini adalah Allah s.w.t memujuk umat Islam dengan menyedarkan kita mengenai mereka. 

ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡلَمُونَ
kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui

Mereka tidak tahu.
Mereka tidak tahu.
Mereka tidak tahu. 

Antara keumuman pengalaman kemanusiaan adalah, kita lemah. Ilmu kita tak menjangkau semua.

Justeru.
Jika terbit rasa geram terhadap mereka yang berperangai buruk akibat tidak memahami panduan wahyu,

Pujuk diri.

"Dia tak tahu. Dia belum dapat petunjuk."

Dan sikapilah dengan panduan Robb. 

Saya ada seorang teman, yang selalu mengungkapkan kata-kata berikut setiap kali melihat fenomena manusia ingkar. Walaupun manusia tersebut sebenarnya sedang bertindak zalim terhadap dirinya. 

"Kalau dia belajar Surah Al-Hujuraat, mesti dia tak buat macam tu, kan." 

"Kalau dia belajar Surah An-Nur, tak buat benda-benda macam tu." 

Ini, antara kemahiran penting buat jiwa yang mahu seru manusia ke jalan yang lurus. 

Maafkanlah mad'u.
Santuni sebaiknya.

Kerana, mereka tidak tahu.

#009AtTaubah

Ulasan