Seorang rakyat, dapat projek besar daripada raja. Lalu dia pun berusaha menyiapkannya sehingga beroleh hasil.
Tiba waktu persembahkan hasil menghadap raja, dia pun bawa segala laporan dan bergerak menuju Istana.
Dalam perjalanan, dia terserempak dengan penjual nasi lemak. Dia tidak berhenti untuk bentangkan hasil kerja kepada penjual tersebut. Sebaliknya dia terus maju menuju Istana.
Dia terserempak juga dengan tukang kebun sekolah. Dia tidak berhenti untuk berbangga dengan hasil kerja, menunjuk-nunjuk pada si tukang kebun tersebut. Penuh hormat, dia terus melangkah maju ke arah Istana.
Dia tak mengharap sebarang Imbuhan atau ucap terima kasih daripada penjual nasi lemak & tukang kebun atas usaha yang dikerahkan. Dia hanya mengharap raja kerana raja yang beri projek tersebut dan rajalah yang akan bayar upah.
Begitu.
Analogi manusia yang hanya mahu raja yang menilai & beri ganjaran.
Mari fikirkan hubungan kita sebagai hamba dengan Allah s.w.t pula.
Allah s.w.t telahpun kurniakan setiap kita potensi segala sudut untuk jadi hambaNya dengan laksanakan perintah, tinggalkan laranganNya. Dia juga telah menjanjikan banyak kebaikan dan manfaat terhadap mereka yang beramal soleh.
Dalam konteks ini, sejauh mana pula saya sebagai hambaNya tulus Ikhlas melakukan pekerjaan di dunia untuk Allah s.w.t?
Tidak melakukannya demi habuan dunia.
Tidak melakukannya demi perhatian & sanjungan manusia.
Apa jadi jika saya melakukan amal pekerjaan di dunia hanya untuk dunia semata-mata?
Tidak peduli akhirat.
======
{ مَن كَانَ يُرِيدُ ٱلۡحَيَوٰةَ ٱلدُّنۡيَا وَزِينَتَهَا نُوَفِّ إِلَيۡهِمۡ أَعۡمَٰلَهُمۡ فِيهَا وَهُمۡ فِيهَا لَا يُبۡخَسُونَ }
Sesiapa yang keadaan usahanya semata-mata berkehendakkan kehidupan dunia dan perhiasannya, maka Kami akan sempurnakan hasil usaha mereka di dunia, dan mereka tidak dikurangkan sedikitpun padanya.
{ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ لَيۡسَ لَهُمۡ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ إِلَّا ٱلنَّارُۖ وَحَبِطَ مَا صَنَعُواْ فِيهَا وَبَٰطِلٞ مَّا كَانُواْ يَعۡمَلُونَ }
Merekalah orang-orang yang tidak ada baginya pada hari akhirat kelak selain daripada azab neraka, dan pada hari itu gugurlah apa yang mereka lakukan di dunia, dan batallah apa yang mereka telah kerjakan.
[Surah Hūd: 15-16]
=======
Ini ayat ancaman.
Ada manusia, matlamat segala pekerjaan di dunia hanyalah untuk dunia.
Bermula dengan tidak peduli faham Al-Quran yang berikan petunjuk bagaimana untuk berjaya di akhirat, selanjutnya buat keputusan hidup hanya ikut kehendak nafsu.
Bahkan, ketika berdoa kepada Allah s.w.t, kehendaknya sempit hanya pada kenikmatan dunia ("Nak kereta, nak rumah, nak anak").
Tidak dilanjutkan pada kehendak akhirat (bagaimana kereta, rumah Dan anak boleh jadi sumber beramal soleh).
=====
فَمِنَ ٱلنَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا وَمَا لَهُۥ فِي ٱلۡأٓخِرَةِ مِنۡ خَلَٰقٖ
Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia". (orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun kebaikan di akhirat.
{ وَمِنۡهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِي ٱلدُّنۡيَا حَسَنَةٗ وَفِي ٱلۡأٓخِرَةِ حَسَنَةٗ وَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ }
Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".
{ أُوْلَٰٓئِكَ لَهُمۡ نَصِيبٞ مِّمَّا كَسَبُواْۚ وَٱللَّهُ سَرِيعُ ٱلۡحِسَابِ }
Mereka itulah yang akan mendapat bahagian yang baik dari apa yang telah mereka usahakan; dan Allah amat cepat hitunganNya.
[Surah Al-Baqarah: 200-202]
======
Rugi.
Penat-penat berusaha di dunia, tapi tak mendapat apa² di akhirat.
Bahkan diancam neraka.
Justeru, saat beramal, sentiasalah perbaharui niat.
Lakukan hanyalah hntuk Allah s.w.t.
Ikuti petunjuk rasul.
Ikhlas.
Ikhlas.
Ikhlas.
Dan menurut Imam Ghazali dalam kitab ihya ulumuddin, mustahil si hamba itu mampu Ikhlas jika tidak mengenali siapa Robbnya.
#011Hud
Ulasan
Catat Ulasan