Simptom penyakit "Tak harap jumpa Allah s.w.t"

Di hospital, tanda-tanda atau simptom penyakit amat membantu ahli perubatan diagnosa penyakit. 
Kalau simptom tak nampak, tapi pesakit sakit, perlu buat banyak ujian-ujian pengesahan yang adakalanya memakan banyak kos. 

Memulakan pengajian surah Yunus, banyak ayat-ayat tauhid rububiyyah di dalamnya. Seawal muka surat kedua, Allah s.w.t bentangkan kategori manusia yang "Tak harap nak jumpa Allah s.w.t." 

Sebelumnya (awal surah Al-Baqarah), Allah s.w.t "highlight" kepentingan sikap yakin pertemuan dengan Allah s.w.t untuk solat yang khusyu'.

=====
{ وَٱسۡتَعِینُوا۟ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ وَإِنَّهَا لَكَبِیرَةٌ إِلَّا عَلَى ٱلۡخَـٰشِعِینَ (45) ٱلَّذِینَ یَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُوا۟ رَبِّهِمۡ وَأَنَّهُمۡ إِلَیۡهِ رَ ٰ⁠جِعُونَ (46) }

Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk; (Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.

[Surah Al-Baqarah: 45-46]

======

Untuk jawab persoalan "Bagaimana saya nak jadi orang yang yakin pertemuan dengan Allah s.w.t?"

Salah satu jawapannya ada pada Surah Ar-Ra'd ayat 2 iaitu 
= Peduli dengan ايات (tanda² kebesaranNya). 

Dalam surah Yunus pula, Allah s.w.t menjelaskan lagi golongan yang berlawanan. Itulah golongan yang tak harap pun bertemu dengan Allah s.w.t.

Apa tanda-tanda/simptom golongan sebegini?

Mereka tak peduli ايات (tanda-tanda kebesaran Allah s.w.t.)

Tak peduli nak renung fenomena penciptaanNya.
Tak peduli nak faham ayat-ayat Quran.

=====
{ إِنَّ ٱلَّذِینَ لَا یَرۡجُونَ لِقَاۤءَنَا وَرَضُوا۟ بِٱلۡحَیَوٰةِ ٱلدُّنۡیَا وَٱطۡمَأَنُّوا۟ بِهَا وَٱلَّذِینَ هُمۡ عَنۡ ءَایَـٰتِنَا غَـٰفِلُونَ (7) أُو۟لَـٰۤىِٕكَ مَأۡوَىٰهُمُ ٱلنَّارُ بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ (8) }
Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharap pertemuan dengan Kami, dan yang reda (berpuashati) dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya, dan orang-orang yang tidak mengendahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasasaan) Kami, -
Mereka yang demikian keadaannya (di dunia), tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah neraka; disebabkan keingkaran dan kederhakaan yang mereka telah lakukan.
[Surah Yūnus: 7-8]
=====

Akibatnya, bukan benda "simple".
Tapi tempat kediaman di neraka, na'uzubillah.

Realitinya, bila lemah Iman kepada Allah s.w.t (bertitik tolak daripada kurangnya ilmu tentang Allah s.w.t akibat tidak Tadabbur Quran), akan lemah jugalah rasa harap bertemu denganNya. 

Bila tak harap bertemu dengan Allah s.w.t, buat zalim tanpa rasa bersalah. Buat dosa rasa macam "tidak apa".

Berkali-kali ingkar.
Tak sedar semua itu akan dipertanggungjawabkan pada Hari bertemu denganNya. 

=====
{ يَٰمَعۡشَرَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِ أَلَمۡ يَأۡتِكُمۡ رُسُلٞ مِّنكُمۡ يَقُصُّونَ عَلَيۡكُمۡ ءَايَٰتِي وَيُنذِرُونَكُمۡ لِقَآءَ يَوۡمِكُمۡ هَٰذَاۚ قَالُواْ شَهِدۡنَا عَلَىٰٓ أَنفُسِنَاۖ وَغَرَّتۡهُمُ ٱلۡحَيَوٰةُ ٱلدُّنۡيَا وَشَهِدُواْ عَلَىٰٓ أَنفُسِهِمۡ أَنَّهُمۡ كَانُواْ كَٰفِرِينَ }

Wahai sekalian jin dan manusia! Bukankah telah datang kepada kamu Rasul-rasul dari kalangan kamu sendiri, yang menyampaikan kepada kamu ayat-ayatKu (perintah-perintahKu), dan yang memberikan amaran kepada kamu tentang pertemuan kamu dengan hari (kiamat) ini? Mereka menjawab: "Kami menjadi saksi mengakui akan (kesalahan) diri kami sendiri (mendustakan Rasul-rasul itu)". Dan (sebabnya ialah) mereka telah diperdayakan oleh (kemewahan) hidup di dunia dan (kerana itulah) mereka menjadi saksi (pada hari akhirat) terhadap diri mereka sendiri: (bahawa) sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang mengingkari (apa yang telah disampaikan oleh Rasul-rasul itu).
[Surah Al-Anʿām: 130]
======

Tak nak jadi golongan yang "Tak harap bertemu dengan Allah s.w.t" ?

Peduli dengan ايات.
1) Peduli renung, fikir tentang fenomena ciptaanNya yang bawa pada rasa tunduk kepada Allah s.w.t
2) Peduli untuk faham ayat-ayat Allah s.w.t dalam Al-Quran. 

Jangan sampai tergolong mereka yang "dibiarkan"/"diabaikan" Allah s.w.t akibat salah sendiri yang tak peduli ayat-ayatNya.

=====
{ ۞وَلَوۡ يُعَجِّلُ ٱللَّهُ لِلنَّاسِ ٱلشَّرَّ ٱسۡتِعۡجَالَهُم بِٱلۡخَيۡرِ لَقُضِيَ إِلَيۡهِمۡ أَجَلُهُمۡۖ فَنَذَرُ ٱلَّذِينَ لَا يَرۡجُونَ لِقَآءَنَا فِي طُغۡيَٰنِهِمۡ يَعۡمَهُونَ }

Dan kalau Allah menyegerakan bagi manusia azab sengsara yang mereka minta disegerakan, sebagaimana mereka minta disegerakan nikmat kesenangan, nescaya binasalah mereka dan selesailah ajal mereka. Oleh itu, (Kami tidak menyegerakan azab yang dimintanya), Kami biarkan orang-orang yang tidak mengharap pertemuan dengan Kami itu meraba-raba dalam kesesatannya.
[Surah Yūnus: 11]
======
.
.
.
Ayat Ibrahim
Yang terkenang fenomena kesungguhan manusia nak jumpa artis, nak jumpa influencers, nak jumpa YB, tapi pernah terfikir nak jumpa Tuhan yang Menciptakan?

#010Yunus

Ulasan