Biarpun dalam keadaan terburuk, tetap dengan akhlak mulia



Seringkali, sikap manusia ditentukan keadaan sekeliling mahupun emosi yang sedang melanda.

Jika tiada mood, bersikap dengan marah-marah. 
Ketika berada dalam situasi tak disukai, menzahirkan perangai buruk. 

Apakah sebegitu panduan-Nya?
Bahawa sikap diri, biar ditentukan persekitaran mahupun pengalaman kejiwaan? 

Nabi Yusuf a.s memberikan kita teladan mulia.
Biarpun dimasukkan ke dalam penjara, berada dalam situasi terburuk, kehilangan kebebasan, baginda tetap dengan peribadi muhsin.

Bahkan, peribadi baiknya disaksikan banduan-banduan penjara lalu mereka mengiktiraf baginda sebagai orang yang muhsin.

=====

{ وَدَخَلَ مَعَهُ ٱلسِّجۡنَ فَتَيَانِۖ قَالَ أَحَدُهُمَآ إِنِّيٓ أَرَىٰنِيٓ أَعۡصِرُ خَمۡرٗاۖ وَقَالَ ٱلۡأٓخَرُ إِنِّيٓ أَرَىٰنِيٓ أَحۡمِلُ فَوۡقَ رَأۡسِي خُبۡزٗا تَأۡكُلُ ٱلطَّيۡرُ مِنۡهُۖ نَبِّئۡنَا بِتَأۡوِيلِهِۦٓۖ إِنَّا نَرَىٰكَ مِنَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ }

Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua orang khadam raja. Salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan) berkata: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku memerah anggur ". Dan berkata pula yang seorang lagi: "Sesungguhnya aku bermimpi melihat diriku menjunjung roti atas kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung." (kemudian keduanya berkata): "Terangkanlah kepada kami akan takbirnya. Sesungguhnya kami memandangmu: dari orang-orang yang berbuat kebaikan." 

[Surah Yūsuf: 36]
=====

Nabi Yusuf a.s mengajar kita akan kemahiran bersikap berpandukan kebenaran. Bukan menjadikan persekitaran mahupun pengalaman dalaman (emosi, pemikiran, desakan keinginan dan lain²) sebagai pemandu kehidupan. 

Teruskan berbuat kebaikan. 
Biarpun berada dalam situasi yang buruk. 
Kerana Dia tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang berbuat kebaikan.

=====
{ وَكَذَٰلِكَ مَكَّنَّا لِيُوسُفَ فِي ٱلۡأَرۡضِ يَتَبَوَّأُ مِنۡهَا حَيۡثُ يَشَآءُۚ نُصِيبُ بِرَحۡمَتِنَا مَن نَّشَآءُۖ وَلَا نُضِيعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ }

Dan demikianlah caranya, Kami tetapkan kedudukan Yusuf memegang kuasa di bumi Mesir; ia bebas tinggal di negeri itu di mana sahaja yang disukainya. Kami limpahkan rahmat Kami kepada sesiapa sahaja yang Kami kehendaki, dan Kami tidak menghilangkan balasan baik orang-orang yang berbuat kebaikan.
[Surah Yūsuf: 56]
=====

Ulasan