"Kau tak tahu apa yang dah mereka buat pada aku sampai aku balas teruk macam ni." Bicara dia yang pada mulanya dizalimi sebelum menzalimi.
Kita sudah terbiasa memahami kejahatan, layak dibalas kejahatan. Kemarahan, layak dibalas kemarahan. Pukul, layak dibalas pukul. Benci, layak dibalas benci.
Memang ada konsep keadilan dalam Islam. Yang dizalimi, boleh membela diri dan lapor pada authority untuk dapatkan keadilan.
Dan ada juga jalan berbuat Ihsan yang ganjarannya besar di dunia dan akhirat.
Nabi Yusuf a.s diuji banyak ujian.
Baginda dibuang ke dalam perigi dan kemudiannya dijual sebagai hamba dengan harga yang murah.
Namun, sepanjang membaca surah Yusuf, kita tak terjumpa kisahnya menghebah-hebahkan keburukan abang-abangnya. Baginda tetap sabar.
Bahkan sekadar berkata-kata dalam hati ketika si abang melabelnya sebagai pencuri.
=====
{ ۞قَالُوٓاْ إِن يَسۡرِقۡ فَقَدۡ سَرَقَ أَخٞ لَّهُۥ مِن قَبۡلُۚ فَأَسَرَّهَا يُوسُفُ فِي نَفۡسِهِۦ وَلَمۡ يُبۡدِهَا لَهُمۡۚ قَالَ أَنتُمۡ شَرّٞ مَّكَانٗاۖ وَٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا تَصِفُونَ }
Mereka berkata:" Kalau dia mencuri, maka (tidaklah pelik), kerana sesungguhnya saudara kandungnya pernah juga mencuri dahulu. (Mendengar kata-kata yang menyinggung itu) maka Yusuf pun menyembunyikan perasaannya, dan tidak menyatakannya kepada mereka, sambil berkata (dalam hati): "Kamulah yang lebih buruk keadaannya; dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang kamu katakan itu".
[Surah Yūsuf: 77]
=====
Bahkan sehingga ke akhirnya, baginda tetap berbuat Ihsan kepada abang-abang yang menzaliminya.
=====
{ قَالُوٓاْ أَءِنَّكَ لَأَنتَ يُوسُفُۖ قَالَ أَنَا۠ يُوسُفُ وَهَٰذَآ أَخِيۖ قَدۡ مَنَّ ٱللَّهُ عَلَيۡنَآۖ إِنَّهُۥ مَن يَتَّقِ وَيَصۡبِرۡ فَإِنَّ ٱللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجۡرَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ }
Mereka bertanya (dengan hairan): "Engkau ini Yusufkah? " Dia menjawab: "Akulah Yusuf dan ini adikku (Bunyamin). Sesungguhnya Allah telah mengurniakan nikmatNya kepada kami. Sebenarnya sesiapa yang bertaqwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.
{ قَالُواْ تَٱللَّهِ لَقَدۡ ءَاثَرَكَ ٱللَّهُ عَلَيۡنَا وَإِن كُنَّا لَخَٰطِـِٔينَ }
Mereka berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya Allah telah melebihkan dan memuliakan engkau daripada kami (disebabkan taqwa dan kesabaranmu); dan sesungguhnya kami adalah orang-orang yang bersalah".
{ قَالَ لَا تَثۡرِيبَ عَلَيۡكُمُ ٱلۡيَوۡمَۖ يَغۡفِرُ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَهُوَ أَرۡحَمُ ٱلرَّٰحِمِينَ }
Yusuf berkata: "Kamu pada hari ini tidak akan ditempelak atau disalahkan (tentang perbuatan kamu yang telah terlanjur itu), semoga Allah mengampunkan dosa kamu, dan Dia lah jua Yang Maha Mengasihani daripada segala yang lain yang mengasihani.
[Surah Yūsuf:90 - 92]
=====
Apakah ganjaran dunia saat kita memilih berbuat Ihsan walaupun terhadap orang yang menzalimi kita?
Allah s.w.t menjanjikan kurniaan kebijaksanaan & ilmu.
Kalau mahukan kebijaksanaan & ilmu, pilihlah untuk telusuri jalan Ihsan.
=====
{ وَلَمَّا بَلَغَ أَشُدَّهُۥٓ ءَاتَيۡنَٰهُ حُكۡمٗا وَعِلۡمٗاۚ وَكَذَٰلِكَ نَجۡزِي ٱلۡمُحۡسِنِينَ }
Dan ketika Yusuf a.s sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya, Kami beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah kami membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
[Surah Yūsuf: 22]
=====
Sebagaimana Allah s.w.t telah mengganjari kebijaksanaan & ilmu kepada Nabi Yusuf a.s, Dia juga akan memberikan kebijaksanaan & ilmu kepada mereka yang berbuat Ihsan.
.
.
.
.
Terkadang, kita rasa benci terhadap takdir kesulitan & ujian. Baru selesai menghadap satu ujian, datang pula ujian lain. Untuk berada di luar "comfort zone" adalah pilihan yang tidak disukai.
Merenung kisah Nabi Yusuf a.s, ujian yang menimpanya adalah berkali-kali dan baginda tetap teguh untuk sabar berada atas jalan yang lurus.
Tatkala jiwa mengimani ganjaran yang menanti, moga-moga hati lebih lapang untuk berbuat Ihsan.
Buatlah Ihsan bukan kerana manusia, tetapi penuh keyakinan bahawa Allah s.w.t mahu mengganjarkan kebijaksanaan & ilmu di dunia. Dan ganjaran akhirat bahkan lebih besar lagi.
=====
{ هَلۡ جَزَآءُ ٱلۡإِحۡسَٰنِ إِلَّا ٱلۡإِحۡسَٰنُ }
Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik - melainkan balasan yang baik juga?
[Surah Ar-Raḥmān: 60]
=====
Ulasan
Catat Ulasan