"Bestnya dosa ni. Susah nak tinggalkan."
Refleksi diri, apakah ada dosa² yang digemari hati lalu sentiasa beri alasan untuk berterusan melakukannya?
Iblis telah berjanji bahawa dia akan memperindahkan kepada nabi Adam & keturunannya akan segala maksiat.
=====
{ قَالَ رَبِّ بِمَآ أَغۡوَيۡتَنِي لَأُزَيِّنَنَّ لَهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ وَلَأُغۡوِيَنَّهُمۡ أَجۡمَعِينَ }
Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,
[Surah Al-Ḥijr: 39]
=====
Hanya satu golongan sahaja yang selamat.
Iaitu mereka yang Ikhlas (tiada riak, berbuat untuk dilihat orang lain etc) dalam mengabdi kepada Allah SWT.
=====
{ إِلَّا عِبَادَكَ مِنۡهُمُ ٱلۡمُخۡلَصِينَ }
"Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik".
[Surah Al-Ḥijr: 40]
=====
Hanya mereka yang bersungguh-sungguh ikhlaskan hati mengabdi kepada Allah SWT sahajalah yang akan selamat daripada tipu daya iblis.
Itulah jalan yang lurus.
=====
{ قَالَ هَـٰذَا صِرَ ٰطٌ عَلَیَّ مُسۡتَقِیمٌ (41) إِنَّ عِبَادِی لَیۡسَ لَكَ عَلَیۡهِمۡ سُلۡطَـٰنٌ إِلَّا مَنِ ٱتَّبَعَكَ مِنَ ٱلۡغَاوِینَ (42) }
Allah berfirman: "Inilah satu jalan yang lurus, yang tetap Aku memeliharanya. "Sesungguhnya hamba-hambaKu, tidaklah ada bagimu sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, kecuali sesiapa yang menurutmu dari orang-orang yang sesat (dengan pilihannya sendiri).
[Surah Al-Ḥijr: 41-42]
=====
Bercakap soal "jalan" yang ditunjuk Allah SWT dan "jalan" yang ditunjuk iblis, saya teringat kisah dongeng Hansel & Gratel.
Kerana Hansel & Gratel memperturuti jalan yang dinampakkan Indah oleh "nenek kebayan/ahli sihir" dengan taburan gula-gula sepanjang jalan.
Macam iblis lah..
Dia tabur jalan² ke neraka nampak Indah.
Indah sangat.
Tempting.
Ada manusia mudah sangat jatuh dalam perangkap ini jika tak persiapkan diri dengan kekuatan.
Tiada imuniti terhadap tipu daya syaitan.
Nak tahu kekuatan apa?
Allah SWT beri panduan mengenai hal ini.
Jika mahu "kuat" dan tak mudah tertipu dengan khutuwat / jejak syaitan, buatlah perkara berikut.
1. Makan yang halal & toyyib (2:168)
2. Makan rezeki yang Dia kurniakan (6:142). Jangan haramkan yang halal & halalkan yang haram. Sebagai seorang dietitian, saya juga memahami ayat ini dengan makan makanan fresh, tidak GMO kerana begitulah bentuk rezeki asal yang Allah SWT kurniakan.
3. Ambil agama secara kaaffah, keseluruhan (2:208). Perlu usaha fahami Quran secara menyeluruh, bukan sipi².
4. Kuatkan Iman (2:208 & 24:21). Bina Iman dengan berterusan tambah kefahaman wahyu.
Keempat-empat point di atas adalah berkenaan panduanNya terkait larangan ikut jejak syaitan.
Semakin banyak makan tak halal dan tidak toyyib, semakin tinggi risiko ikut langkah-langkah syaitan.
Semakin banyak praktis agama pilih², tak nak amalkan mana yang hawa nafsu tak suka, semakin tinggi risiko terpedaya dengan syaitan.
Semakin lemah iman akibat input wahyu yang kontang, semakin tinggi kebarangkalian tunduk pada syaitan.
#015AlHijr
Ulasan
Catat Ulasan