أَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءٗ
Ia menurunkan air (hujan) dari langit,
Surah Ar-Raʿd : 17
فَسَالَتۡ أَوۡدِيَةُۢ بِقَدَرِهَا فَٱحۡتَمَلَ ٱلسَّيۡلُ زَبَدٗا رَّابِيٗاۖ
lalu membanjiri tanah-tanah lembah (dengan airnya) menurut kadarnya yang ditetapkan Tuhan untuk faedah makhlukNya, kemudian banjir itu membawa buih yang terapung-apung.
Surah Ar-Raʿd : 17
وَمِمَّا يُوقِدُونَ عَلَيۡهِ فِي ٱلنَّارِ ٱبۡتِغَآءَ حِلۡيَةٍ أَوۡ مَتَٰعٖ زَبَدٞ مِّثۡلُهُۥۚ
Dan dari benda-benda yang dibakar di dalam api untuk dijadikan barang perhiasan atau perkakas yang diperlukan, juga timbul buih seperti itu.
Surah Ar-Raʿd : 17
كَذَٰلِكَ يَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡحَقَّ وَٱلۡبَٰطِلَۚ
Demikianlah Allah memberi misal perbandingan tentang perkara yang benar dan yang salah.
Surah Ar-Raʿd : 17
فَأَمَّا ٱلزَّبَدُ فَيَذۡهَبُ جُفَآءٗۖ وَأَمَّا مَا يَنفَعُ ٱلنَّاسَ فَيَمۡكُثُ فِي ٱلۡأَرۡضِۚ كَذَٰلِكَ يَضۡرِبُ ٱللَّهُ ٱلۡأَمۡثَالَ
Adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan.
Surah Ar-Raʿd : 17
Air yang dari langit, turun ke bumi lalu beri manfaat kepada semua. Dari air yang sama, bumi yang mati boleh hidup dengan pelbagai jenis tumbuhan. Air itu turun mengisi lembah-lembah di bumi sesuai kadarnya.
Air hujan umpama wahyu.
Lembah-lembah di bumi umpama hati manusia.
Ada manusia punya hati yang luas lalu mampu menampung banyaknya siraman wahyu dari langit.
Ada lembah yang kecil, hanya mampu menyimpan sedikit daripada air yang turun. Ibarat hati manusia yang kecil, tidak dipersiapkan dengan taqwa sebagai bekas menyambut wahyu.
Kemudian datanglah arus yang menggerakkan air di lembah. Segala kekotoran atau buih-buih terapung lalu boleh disingkirkan.
Begitulah fungsi wahyu yang tatkala menempati hati manusia, mampu membersihkannya daripada penyakit-penyakit dan kekotoran.
Usah berhenti belajar wahyu, khuatir buih-buih itu tidak disingkirkan.
Senario lain, umpama emas atau besi yang dipanaskan lalu turut menghasilkan buih-buih dan bahan buangan. Sumber yang asalnya bukan sesuatu yang bermanfaat, tatkala dimurniakan dan ditempa api, menjadilah perhiasan atau bahan perkakas rumah yang berguna.
Bahan yang tidak tulen disingkirkan. Yang tinggal hanyalah yang bermanfaat.
Begitulah manusia.
Saat diuji dan ditimpa pelbagai fitnah, Iman dan kesabaran itu meninggikan darjat. Manusia yang bermanfaat & atas kebenaran itulah yang akhirnya akan tinggal.
Seperti teladan Nabi Yusuf a.s.
Biar di mana sekalipun baginda berada, baginda tetap teguh dengan peribadi muhsin.
Sehinggakan semua mengiktiraf kebaikannya.
Biar di dalam penjara.
Mahupun tatkala memegang jawatan besar.
Baginda tetap dilihat sebagai peribadi muhsin.
Kerana akhirnya, hanya manusia yang bermanfaat sahajalah yang akan tinggal bersama.
Baqa.
Qarar.
Buih-buih akan tersingkir dan hilang.
Kerana saat kebenaran datang,
kebatilan akan lenyap.
.
.
.
Justeru..
Zionis Israel,
Juga akan lenyap,
Sebagai buih-buih kebatilan yang tak diinginkan sesiapapun.
Ulasan
Catat Ulasan