Katalah, seorang manusia ni, si fulan.
Anda tidak menyukainya kerana dia selalu menganiaya anda. Anda telah menganggap si fulan musuh.
Lalu, apakah anda mahu jika diminta untuk berkongsi rumah dengannya?
Pasti tidak mahu.
Bagaimana pula dengan berkongsi anak?
12 tahun pertama anda menjaga anak anda. Tatkala anak-anak masuk usia remaja, lepaskan si anak kepada musuh tadi.
Eh. Itu tindakan tidak bertanggungjawab.
Dalam surah Al-Isra', Allah SWT membongkar 4 langkah-langkah syaitan dalam menyesatkan anak-anak Adam a.s. Salah satunya adalah "berkongsi" atau turut-serta dalam mengurus harta dan anak-anak.
=====
{ قَالَ ٱذۡهَبۡ فَمَن تَبِعَكَ مِنۡهُمۡ فَإِنَّ جَهَنَّمَ جَزَاۤؤُكُمۡ جَزَاۤءࣰ مَّوۡفُورࣰا (63) وَٱسۡتَفۡزِزۡ مَنِ ٱسۡتَطَعۡتَ مِنۡهُم بِصَوۡتِكَ وَأَجۡلِبۡ عَلَیۡهِم بِخَیۡلِكَ وَرَجِلِكَ وَشَارِكۡهُمۡ فِی ٱلۡأَمۡوَ ٰلِ وَٱلۡأَوۡلَـٰدِ وَعِدۡهُمۡۚ وَمَا یَعِدُهُمُ ٱلشَّیۡطَـٰنُ إِلَّا غُرُورًا (64) }
Allah berfirman (kepada iblis): "Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya neraka Jahannamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup. Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka; dan turut - campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka); dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu)". Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
[Surah Al-Isrāʾ: 63-64]
======
Bagaimana manusia mengizinkan syaitan berkongsi harta?
Dengan terlibat dalam sumber haram - riba, rasuah dan lain-lain.
Bagaimana manusia mengizinkan syaitan berkongsi anak-anak?
Dengan mengabaikan tarbiyyah anak-anak sehingga tatkala anak-anak besar, anak-anak tersebut dimanfaatkan syaitan menjadi "tentera-tentera" mereka mengingkari perintah & larangan Tuhan sambil mengajak manusia lain ke jalan kesesatan.
Bagaimana untuk terselamat daripada menjadi mangsa syaitan Yang mahu anak-anak Adam a.s masuk neraka bersama dengannya?
Pilihlah untuk belajar wahyu agar tahu bagaimana untuk taat, menjadi hambaNya.
======
{ إِنَّ عِبَادِي لَيۡسَ لَكَ عَلَيۡهِمۡ سُلۡطَٰنٞۚ وَكَفَىٰ بِرَبِّكَ وَكِيلٗا }
Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).
[Surah Al-Isrāʾ: 65]
#TaleemulQuranInEnglish
#TQE3SL
Ulasan
Catat Ulasan