Baru-baru ini, terbaca rungutan dan kemarahan segelintir yang tak dapat manfaat bantuan kerajaan.
Bantuan diberi, tapi diri tak dapat manfaatnya, memang mengundang rasa marah & tak puas hati.
Rupa-rupanya ada syarat yang tak terpenuhi.
Saya merenung satu lagi fenomena terkait.
Tatkala manusia telah menatap quran, tapi tak dapat petunjuk, tak dapat manfaat daripadanya, adakah manusia tersebut rasa marah & tak puas hati?
Semua orang dapat manfaat wahyu, tiba-tiba dia tak dapat keberkatam Quran, sudahkah rasa tak senang hati akan kehilangannya?
Quran sebagai rahmat telahpun diturunkan kepada manusia.
Tetapi, ada manusia tidak mendapat apa-apa daripadanya melainkan kerugian.
Quran telahpun diturunkan, tetapi segelintir manusia tidak dapat manfaatnya.
Nak tahu mengapa?
Kerana tidak memenuhi syarat.
Kerana bersikap zalim.
Boleh jadi sekian lama bersikap zalim kepada pasangan, tidak menghormati lalu memperlakukan pasangan sebagai hamba atau orang gaji.
Boleh jadi sekian lama bersikap zalim kepada ahli keluarga.
... kepada pekerja bawahan.
... kepada jiran-jiran.
Jika tidak memenuhi amanah, tidak jalankan tanggungjawab, tidak memberikan hak kepada orang sekeliling, berhati-hatilah.
Khuatir sikap zalim jadi sebab Quran tiada manfaat baginya.
=====
وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلْقُرْءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ وَرَحْمَةٌ لِّلْمُؤْمِنِينَۙ وَلَا يَزِيدُ ٱلظَّٰلِمِينَ إِلَّا خَسَارًا
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.
Al-Isra' 17:82
=======
#017AlIsra
Ulasan
Catat Ulasan