"Mereka je dapat. Awak tak dapat."
"Haa? Kenapa saya tak dapat?"
Pernah berada dalam situasi sedemikian?
Ganjaran, hadiah mahupun peruntukan hanya diberikan kepada golongan tertentu. Ditakdirkan anda terlepas daripada mendapat habuan.
Bagaimana agaknya perasaan?
Jadi golongan yang ditinggalkan.
Ramai merasakan diri calon syurga.
Bahawa diri pasti akan mendapat ganjaran yang baik selepas mati.
Lalu angan-angan ini membuatkan diri tidak bersungguh-sungguh beramal.
Masih culas banyak tanggungjawab.
Rupa-rupanya, nikmat syurga itu eksklusif.
Dan Allah SWT menyebut ganjaran baik itu hanya bagi "mereka".
Bukan semua manusia akan mendapatkan syurga.
"Hanya bagi mereka"
=====
{ قَيِّمٗا لِّيُنذِرَ بَأۡسٗا شَدِيدٗا مِّن لَّدُنۡهُ وَيُبَشِّرَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرًا حَسَنٗا }
(Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.
[Surah Al-Kahf: 2]
======
Kalimah لَهُمۡ kebiasaannya diletak pada hujung ayat. Tapi pada ayat ini, kalimah ini didahulukan lalu memberi makna eksklusif.
Bukan semata-mata "bagi mereka".
Tetapi ia bermaksud "HANYA bagi mereka".
Siapa yang tergolong mendapat ganjaran baik yang eksklusif ini?
Itulah golongan beriman dan beramal soleh.
Ternyata,
Syurga itu bukan boleh dimasuki dengan angan-angan kosong.
Tapi, syurga itu perlu diusahakan dengan Iman & amal soleh.
Koreksi diri.
Sudahkah saya beriman?
Sudahkah saya beramal soleh?
#018AlKahf
Ulasan
Catat Ulasan