Syukur atas nikmat Al-Kitab


Apabila melihat kehebatan, kepandaian atau kejayaan seseorang, kita hanya boleh rasa kagum. 

Tidak terbit rasa syukur kerana diri tidak menikmatinya.

Sekadar santapan mata,
Melihat apa yang orang lain miliki,
Lalu bibir mengungkapkan
"Wah kayanya dia, pandainya dia."

Namun, khusus untuk Allah SWT, segenap kesyukuran hanyalah kepadaNya. Kerana kita tak akan mampu menghitung nikmat yang Dia kurniakan kepada diri selama ini. 

Dan,
Salah satu nikmat kurniaanNya terbesar adalah nikmat diturunkan wahyu.

=====
{ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَىٰ عَبۡدِهِ ٱلۡكِتَٰبَ وَلَمۡ يَجۡعَل لَّهُۥ عِوَجَاۜ }

Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong):

[Surah Al-Kahf: 1]
=====

Sudahkah bersyukur atas nikmat Al-Kitab?
--> Yang diturunkan ke atas manusia, hambaNya.
--> Yang tiada kebengkokan di dalamnya? 

Pernahkah datang seorang utusan, 
Memberikan mesej "Awak, dia yang jauh, ada kirim sesuatu." 

Jika pengirim adalah insan yang amat disayangi dan dikasihi, bagaimana respons terhadap mesej utusan tersebut?

Ada rasa teruja mendapatkan barang kiriman?
Cepat-cepat mahu dapatkan bungkusan?

Bagaimana pula respons diri terhadap kiriman Tuhan?
Sudahkah rasa gembira dan bersungguh-sungguh cuba fahami apa yang telah diturunkan kepada Nabi Muhammad saw?

#018AlKahf

Ulasan