Beriman kepada malaikat melalui perbuatan



Ingat lagi zaman muda-muda dulu, jawab soalan peperiksaan "apakah maksud Iman?"

Mengakui dengan hati.
Melafazkan dengan lidah.
Melakukan dengan perbuatan anggota badan. 

Kalau jawab ikut skema, dapat markah penuh, Yes!! 

Dengan bertambahnya usia, kita makin menyedari bahawa skema jawapan utama adalah daripada Allah SWT. Dia yang akan menentukan amal yang kita lakukan adalah berat kerana bernilai, atau ringan sia-sia.

Dan yang dinilai bukan sekadar kemahiran menulis jawapan atas kertas. Utamanya adalah amal soleh, perbuatan anggota badan yang menzahirkan apa yang dalam hati.

Hari ni, jom sembang tentang "bersahabat dengan malaikat."
Lalui kehidupan penuh kesedaran bahawa malaikat wujud. 

Bermula seawal pagi subuh, seorang yang mengimani kehadiran malaikat, akan mengusahakan Qur'anal fajr. Banyakkan membaca Qur'an ketika subuh. Sebaiknya membaca ayat Qur'an panjang dalam solat. Tapi, kalau belum mampu, bacalah sebanyak-banyak ayat Qur'an di luar solat ketika waktu subuh. Itulah tanda diri beriman kehadiran malaikat yang jadi saksi kepada Qur'anal fajr.

=====
{ أَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ لِدُلُوكِ ٱلشَّمۡسِ إِلَىٰ غَسَقِ ٱلَّيۡلِ وَقُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِۖ إِنَّ قُرۡءَانَ ٱلۡفَجۡرِ كَانَ مَشۡهُودٗا }

Establish prayer at the decline of the sun [from its meridian] until the darkness of the night and [also] the Qur'an of dawn. Indeed, the recitation of dawn is ever witnessed.
[Surah Al-Isrāʾ: 78]
=====

Selanjutnya, memasuki siang yang sibuk dengan pekerjaan masing-masing. 
Berhati-hatilah dalam tutur kata dan perbuatan.
Kerana setiap kita ada malaikat khusus yang bertanggungjawab mencatat amal perbuatan.
=====
{ وَإِنَّ عَلَیۡكُمۡ لَحَـٰفِظِینَ (10) كِرَامࣰا كَـٰتِبِینَ (11) یَعۡلَمُونَ مَا تَفۡعَلُونَ (12) }
Padahal sesungguhnya, ada malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawas segala bawaan kamu, (Mereka adalah makhluk) yang mulia (di sisi Allah), lagi ditugaskan menulis (amal-amal kamu); Mereka mengetahui apa yang kamu lakukan.
[Surah Al-Infiṭār: 10-12]
=====

Apa yang malaikat catatkan?
Segalanya. 

 Bukan sekadar kuantiti amal, tetapi termasuklah kualiti amal. Kerana setiap satunya dicatat penuh teliti oleh malaikat yang bersifat raqibun atidun.

=====
{ إِذۡ یَتَلَقَّى ٱلۡمُتَلَقِّیَانِ عَنِ ٱلۡیَمِینِ وَعَنِ ٱلشِّمَالِ قَعِیدࣱ (17) مَّا یَلۡفِظُ مِن قَوۡلٍ إِلَّا لَدَیۡهِ رَقِیبٌ عَتِیدࣱ (18) }
Semasa dua malaikat (yang mengawal dan menjaganya) menerima dan menulis segala perkataan dan perbuatannya; yang satu duduk di sebelah kanannya, dan yang satu lagi di sebelah kirinya. Tidak ada sebarang perkataan yang dilafazkannya (atau perbuatan yang dilakukannya) melainkan ada di sisinya malaikat pengawas yang sentiasa sedia (menerima dan menulisnya).

[Surah Qāf: 17-18]
=====

Lagi, menjelang malam, pernah pandang ke langit?
Di tempat yang tidak tercemar dengan pencemaran cahaya, akan nampak gugusan bintang. Selagi mana nampak bintang, itu tandanya langit pertama. Kerana sifat langit pertama dihiasi bintang-bintang. 

Fikirkan lagi kedudukan langit pertama. Nun jauh di Sana melepasi 7 petala langit, ada air. 
Dan atas lagi daripadanya, Ada Arash Allah SWT. 

=====
====={ وَهُوَ ٱلَّذِي خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٖ وَكَانَ عَرۡشُهُۥ عَلَى ٱلۡمَآءِ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلٗاۗ وَلَئِن قُلۡتَ إِنَّكُم مَّبۡعُوثُونَ مِنۢ بَعۡدِ ٱلۡمَوۡتِ لَيَقُولَنَّ ٱلَّذِينَ كَفَرُوٓاْ إِنۡ هَٰذَآ إِلَّا سِحۡرٞ مُّبِينٞ }

Dan Dia lah yang menjadikan langit dan bumi dalam masa, sedang "ArasyNya, berada di atas air (Ia menjadikan semuanya itu untuk menguji kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan demi sesungguhnya! Jika engkau (wahai Muhammad) berkata: "Bahawa kamu akan dibangkitkan hidup kembali sesudah mati" tentulah orang-orang yang ingkar akan berkata: "Ini tidak lain, hanyalah seperti sihir yang nyata (tipuannya)".
[Surah Hūd: 7]
=====

Andai direnungkan, apa hubungan saya dengan makhluk yang berada nun jauh di atas tujuh petala langit? 
Tak tersampai dek sebarang sistem komunikasi. 

Tetapi, rupa-rupanya malaikat nun jauh di Sana punya hubungan dengan kita. Sistem komunikasi dengan mereka adalah berbentuk "Iman". 
=====
{ ٱلَّذِينَ يَحۡمِلُونَ ٱلۡعَرۡشَ وَمَنۡ حَوۡلَهُۥ يُسَبِّحُونَ بِحَمۡدِ رَبِّهِمۡ وَيُؤۡمِنُونَ بِهِۦ وَيَسۡتَغۡفِرُونَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْۖ رَبَّنَا وَسِعۡتَ كُلَّ شَيۡءٖ رَّحۡمَةٗ وَعِلۡمٗا فَٱغۡفِرۡ لِلَّذِينَ تَابُواْ وَٱتَّبَعُواْ سَبِيلَكَ وَقِهِمۡ عَذَابَ ٱلۡجَحِيمِ }

Malaikat yang memikul Arasy dan malaikat yang berada di sekelilingnya, bertasbih memuji TuhanNya; dan beriman kepadaNya; serta mereka memohon ampun bagi orang-orang yang beriman (dengan berdoa merayu): "Wahai Tuhan kami! RahmatMu dan IlmuMu meliputi segala-galanya; maka berilah ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta menurut jalanMu, dan peliharalah mereka dari azab neraka.
[Surah Ghāfir: 7]
=====

Kita di dunia, bila terima notifikasi data internet nak habis, cepat-cepat tambah nilai. Sebab tak nak terputus komunikasi dengan insan-insan penting. 

Pernah merenung hubungan diri dengan malaikat yang dekat dengan Allah SWT? 
Pernah berhajat terus didoakan para malaikat nun jauh melepasi petala langit ke tujuh yang memikul Arasy? 
Pernah kisah tatkala sedar perhubungan dengan malaikat di sana "terputus" akibat bergelumang dosa, melanggar ayat-ayat seruan "Wahai orang-orang beriman"? 

Kerana malaikat di sana hanya mendoakan orang-orang beriman. 
.
.
.

Rumusan ringkas. 
Berimanlah kepada malaikat melalui perbuatan anggota badan.

1) Berusaha mengamalkan Qur'anal fajr setiap Subuh. 
2) Berhati-hati dalam bertindak, penuh kesedaran ada malaikat pengawas yang mencatat.
3) Berusaha pilih tindakan orang-orang beriman, penuhi seruan "Wahai orang-orang beriman" dalam Al-Quran. 

Moga-moga suatu hari kelak, kita berpeluang menyapa makhluk yang tak pernah jemu taat kepada Allah SWT ini, yang bahagia menyambut orang-orang beriman di syurga

=====
{ جَنَّـٰتُ عَدۡنࣲ یَدۡخُلُونَهَا وَمَن صَلَحَ مِنۡ ءَابَاۤىِٕهِمۡ وَأَزۡوَ ٰ⁠جِهِمۡ وَذُرِّیَّـٰتِهِمۡۖ وَٱلۡمَلَـٰۤىِٕكَةُ یَدۡخُلُونَ عَلَیۡهِم مِّن كُلِّ بَابࣲ (23) سَلَـٰمٌ عَلَیۡكُم بِمَا صَبَرۡتُمۡۚ فَنِعۡمَ عُقۡبَى ٱلدَّارِ (24) }
Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu; -(Memberi hormat dengan berkata): "Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu.
[Surah Ar-Raʿd: 23-24]
=====


Ulasan