Usah masuk campur urusan Allah SWT, perkara ghaib.

Ada tak manusia yang suka berangan-angan? Ada yang sampai angan-angannya ibarat mimpi siang hari akibat kerap berputar dalam minda. 

Terbitnya drama dengan cerita-cerita fantasi (melanggar hukum Tuhan) membuktikan bahawa ada kemahuan dalam diri manusia untuk bahagia kekal, cantik kekal dan hidup kekal. Sedangkan sebagai Muslim, kita tahu semua ini hanya realiti di syurga, bukan di dunia. 

Namun, dek kerana lazatnya rasa yang dicetus hormon serotonin atau dopamin apabila aktiviti "berangan" dilakukan, manusia mudah terperangkap dalam ilusi mimpi yang belum berjaya dikecapi di alam realiti. 

Angan-angan sebenarnya Salah satu senjata syaitan. 

=====
{ يَعِدُهُمۡ وَيُمَنِّيهِمۡۖ وَمَا يَعِدُهُمُ ٱلشَّيۡطَٰنُ إِلَّا غُرُورًا }

Syaitan sentiasa menjanjikan mereka (dengan janji-janji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan kosong; dan apa yang dijanjikan oleh Syaitan itu tidak lain hanyalah tipu daya semata-mata.

[Surah An-Nisāʾ: 120]
=====

Dan angan-angan jugalah yang menjadi punca seseorang terjatuh ke dalam kemunafikan.

=====
{ يُنَادُونَهُمۡ أَلَمۡ نَكُن مَّعَكُمۡۖ قَالُواْ بَلَىٰ وَلَٰكِنَّكُمۡ فَتَنتُمۡ أَنفُسَكُمۡ وَتَرَبَّصۡتُمۡ وَٱرۡتَبۡتُمۡ وَغَرَّتۡكُمُ ٱلۡأَمَانِيُّ حَتَّىٰ جَآءَ أَمۡرُ ٱللَّهِ وَغَرَّكُم بِٱللَّهِ ٱلۡغَرُورُ }

(Pada saat itu) mereka (yang munafik) menyeru orang-orang yang beriman (sambil berkata): "Bukankah kami bercampur gaul dengan kamu (di dunia dahulu)?" Orang-orang yang beriman menjawab: "Benar! Akan tetapi kamu telah membinasakan diri kamu (dengan perbuatan munafik) dan kamu telah menunggu-nunggu (kebinasaan umat Islam), dan kamu pula ragu-ragu (terhadap perkara-perkara ugama) serta kamu diperdayakan oleh angan-angan kosong (untuk mencapai maksud kamu), sehinggalah datangnya (maut) yang ditetapkan oleh Allah (kepada kamu). Dan (selain itu), kamu pula diperdayakan oleh bisikan Syaitan dengan (pengampunan) Allah (semata-mata dan melupakan azabNya).

[Surah Al-Ḥadīd: 14]
=====

Manusia berangan-angan tentang apa yang dihajatkan. Persoalannya, sejauh mana perkara yang diangan-angankan itu berpasak kebenaran? Terutama yang jauh daripada pedoman wahyu, syaitan yang membisikkan angan-angan membawa manusia pada kemahuan yang salah, terpesong daripada jalan lurus. 

Apa yang akan berlaku dan apa yang telah berlaku, kedua-duanya adalah hal ghaib. 

Hanya Allah sahaja yang tahu. Sedangkan Dia tidak mengambil sebarang makhluk untuk masuk campur urusan ketetapanNya. 

=====
{ وَلَبِثُوا۟ فِی كَهۡفِهِمۡ ثَلَـٰثَ مِا۟ئَةࣲ سِنِینَ وَٱزۡدَادُوا۟ تِسۡعࣰا (25) قُلِ ٱللَّهُ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثُوا۟ۖ لَهُۥ غَیۡبُ ٱلسَّمَـٰوَ ٰ⁠تِ وَٱلۡأَرۡضِۖ أَبۡصِرۡ بِهِۦ وَأَسۡمِعۡۚ مَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَلِیࣲّ وَلَا یُشۡرِكُ فِی حُكۡمِهِۦۤ أَحَدࣰا (26) }

Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun, dan sembilan lagi.
Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.

[Surah Al-Kahf: 25-26]
=====

Belajarlah daripada pemuda Kahfi. Ketika Ada yang mahu berdebat tentang hal ghaib ("bilakah setiap Kita mula tidur"), Salah seorang Yang diberi hikmah langsung menghalang. 

=====
{ وَكَذَ ٰ⁠لِكَ بَعَثۡنَـٰهُمۡ لِیَتَسَاۤءَلُوا۟ بَیۡنَهُمۡۚ قَالَ قَاۤىِٕلࣱ مِّنۡهُمۡ كَمۡ لَبِثۡتُمۡۖ قَالُوا۟ لَبِثۡنَا یَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ یَوۡمࣲۚ قَالُوا۟ رَبُّكُمۡ أَعۡلَمُ بِمَا لَبِثۡتُمۡ فَٱبۡعَثُوۤا۟ أَحَدَكُم بِوَرِقِكُمۡ هَـٰذِهِۦۤ إِلَى ٱلۡمَدِینَةِ فَلۡیَنظُرۡ أَیُّهَاۤ أَزۡكَىٰ طَعَامࣰا فَلۡیَأۡتِكُم بِرِزۡقࣲ مِّنۡهُ وَلۡیَتَلَطَّفۡ وَلَا یُشۡعِرَنَّ بِكُمۡ أَحَدًا }

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

[Surah Al-Kahf: 19]
=====

Besar teladan pemuda Kahfi dalam hal ini. 
Usah masuk campur urusan Tuhan terkait hal ghaib ini. Apa yang sudah berlaku dan apa yang akan berlaku adalah perkara ghaib. Mnausia tidak mengetahuinya 

Bahkan Nabi saw juga ditegur ketika tidak mengungkapkan "inshaAllah" terhadap perkara ghaib yakin perkara yang akan berlaku esok Hari.

====
{ وَلَا تَقُولَنَّ لِشَا۟یۡءٍ إِنِّی فَاعِلࣱ ذَ ٰ⁠لِكَ غَدًا (23) إِلَّاۤ أَن یَشَاۤءَ ٱللَّهُۚ وَٱذۡكُر رَّبَّكَ إِذَا نَسِیتَ وَقُلۡ عَسَىٰۤ أَن یَهۡدِیَنِ رَبِّی لِأَقۡرَبَ مِنۡ هَـٰذَا رَشَدࣰا (24) }

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti". Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

[Surah Al-Kahf: 23-24]
=====

Ayat di atas juga mengajar kita sesuatu. 
Jangan isi masa dengan angan-angan masa depan (perkara ghaib), sebaliknya perbanyakkanlah mengingat Allah SWT dalam kebanyakan waktumu. 

Berhenti mensyirikkan Allah SWT dengan diri sendiri tatkala diri berfikir tentang masa depan, konon-konon tahu hal ghaib. 






Ulasan