Jangan sampai makanan jadi penyebab dimurkai Allah swt



Setiap hari, kita bermohon agar tidak ikut jejak golongan yang dimurkai Allah SWT kan? 

{ صِرَ ٰ⁠طَ ٱلَّذِینَ أَنۡعَمۡتَ عَلَیۡهِمۡ غَیۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَیۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّاۤلِّینَ }

[Surah Al-Fātihah: 7]

Rupa-rupanya dalam Surah Toha, Allah SWT ada mengajar kita bahawa salah satu golongan yang mendapat kemurkaan Allah adalah mereka yang melampau batas dalam rezeki makanan kurniaanNya. 

=====
{ یَـٰبَنِیۤ إِسۡرَ ٰ⁠ۤءِیلَ قَدۡ أَنجَیۡنَـٰكُم مِّنۡ عَدُوِّكُمۡ وَوَ ٰ⁠عَدۡنَـٰكُمۡ جَانِبَ ٱلطُّورِ ٱلۡأَیۡمَنَ وَنَزَّلۡنَا عَلَیۡكُمُ ٱلۡمَنَّ وَٱلسَّلۡوَىٰ (80) كُلُوا۟ مِن طَیِّبَـٰتِ مَا رَزَقۡنَـٰكُمۡ وَلَا تَطۡغَوۡا۟ فِیهِ فَیَحِلَّ عَلَیۡكُمۡ غَضَبِیۖ وَمَن یَحۡلِلۡ عَلَیۡهِ غَضَبِی فَقَدۡ هَوَىٰ (81) }

Wahai Bani lsrail! Sesungguhnya Kami telah selamatkan kamu dari musuh kamu, dan Kami telah janjikan kamu (dengan memberi wahyu kepada Nabi Musa) di sebelah kanan Gunung Tursina itu, dan kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa",
Serta Kami katakan: Makanlah dari benda-benda yang baik yang Kami kurniakan kepada kamu, dan janganlah kamu melampaui batas padanya, kerana dengan yang demikian kamu akan ditimpa kemurkaanKu; dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah ia.

[Surah Ṭā-Hā: 80-81]
=====

Apa maksud jangan melampau batas وَلَا تَطۡغَوۡا۟ ? 

Salah satunya adalah :

Jangan tak bersyukur sampai tak nak makan makanan toyyib, siap demand makanan lain berbanding makanan baik-baik yang Allah SWT dah kurniakan. 

=====

{ وَإِذۡ قُلۡتُمۡ يَٰمُوسَىٰ لَن نَّصۡبِرَ عَلَىٰ طَعَامٖ وَٰحِدٖ فَٱدۡعُ لَنَا رَبَّكَ يُخۡرِجۡ لَنَا مِمَّا تُنۢبِتُ ٱلۡأَرۡضُ مِنۢ بَقۡلِهَا وَقِثَّآئِهَا وَفُومِهَا وَعَدَسِهَا وَبَصَلِهَاۖ قَالَ أَتَسۡتَبۡدِلُونَ ٱلَّذِي هُوَ أَدۡنَىٰ بِٱلَّذِي هُوَ خَيۡرٌۚ ٱهۡبِطُواْ مِصۡرٗا فَإِنَّ لَكُم مَّا سَأَلۡتُمۡۗ وَضُرِبَتۡ عَلَيۡهِمُ ٱلذِّلَّةُ وَٱلۡمَسۡكَنَةُ وَبَآءُو بِغَضَبٖ مِّنَ ٱللَّهِۚ 

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa, kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian dari apa yang tumbuh di bumi; dari sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik? Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". Dan mereka ditimpakan dengan kehinaan dan kepapaan, dan sudah sepatutnya mereka mendapat kemurkaan dari Allah.

[Surah Al-Baqarah: 61]
=====

Pengajaran yang kita boleh ambil, cuba renungkan, apakah makanan baik-baik yang Allah SWT sudah kurniakan kepada kita khususnya di Malaysia ini? 

Dari segala jenis sayur, buah-buahan, binatang ternakan dan lain-lain. 

Jangan melampau batas sampai enggan makan sayur misalnya. Bahkan gantikannya dengan segala jajan dan makanan manis yang tiada zat, bawa keburukan pada jasad. 

Apa akibatnya jika enggan makan makanan yang baik² kurniaan Allah SWT ini? 

Boleh mengundang MURKA Allah SWT. 
Dan siapa yang dimurkaiNya, binasalah. 

=====
وَمَن یَحۡلِلۡ عَلَیۡهِ غَضَبِی فَقَدۡ هَوَىٰ (81) 

dan sesiapa yang ditimpa kemurkaanKu, maka sesungguhnya binasalah dia.

Toha, 20:81
=====

Muhasabah.
Ramadan ini, jadikanlah ia bulan mendapat keampunan Allah SWT melalui usaha diri makan makanan yang halal & toyyib. 

Usah jadikan bulan ini sebagai bulan yang dapat MURKA Allah SWT akibat melampau batas dalam makanan. Enggan makan yang baik-baik, hanya makan makanan yang rendah zat. 

Bertaubatlah.
Pintu taubat masih terbuka.
Dan usahakanlah 4 syarat agar taubat diterima 

====
{ وَإِنِّي لَغَفَّارٞ لِّمَن تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ صَٰلِحٗا ثُمَّ ٱهۡتَدَىٰ }

Dan sesungguhnya Aku yang amat memberi ampun kepada orang-orang yang bertaubat serta beriman dan beramal soleh, kemudian dia tetap teguh menurut petunjuk yang diberikan kepadanya.

[Surah Ṭā-Hā: 82]
====

4 syarat taubat diterima.

1. Taubat
2. Beriman
3. Beramal soleh
4. Istiqamah teguh atas petunjukNya


Ulasan