Baru-baru ni terbaca berita berkenaan sekumpulan peminat K-Pop yang buat demonstrasi di hadapan syarikat "label" artis boyband.
Si peminat² mahu mempertahankan serta memberi sokongan terhadap salah seorang anggota penyanyi yang disabitkan kesalahan kerana membawa kenderaan dalam keadaan mabuk.
Wah.
Buat salah dan dapat sokongan daripada peminat & pengikut ya?
Dahsyat pengaruhnya.
Baca berita sebegini, mengingatkan saya tentang Surah Asy-Syu'arak yang baru dipelajari bulan ini di #TQE3SL .
Zaman dahulu, ramai penentang Nabi Muhammad saw menafikan kerasulannya lalu menohmah bahawa baginda hanyalah penyair...
Kata mereka,
Quran yang Indah itu sekadar bait kata-kata yang disusun & digubah oleh seorang penyair.
Jadi, Nabi adalah penyair. Bukan Nabi.
Lalu Allah SWT membalas, Nabi bukanlah penyair.
Realiti kebanyakan penyair (atau penyanyi) mempunyai ciri-ciri berikut. Dan Nabi saw tiada langsung ciri-ciri berikut.
=====
{ وَٱلشُّعَرَاۤءُ یَتَّبِعُهُمُ ٱلۡغَاوُۥنَ (224) أَلَمۡ تَرَ أَنَّهُمۡ فِی كُلِّ وَادࣲ یَهِیمُونَ (225) وَأَنَّهُمۡ یَقُولُونَ مَا لَا یَفۡعَلُونَ (226) }
Dan Ahli-ahli syair itu, diturut oleh golongan yang sesat - tidak berketentuan hala. Tidakkah engkau melihat bahawa mereka merayau-rayau dengan tidak berketentuan hala dalam tiap-tiap lembah? Dan bahawa mereka memperkatakan apa yang mereka tidak melakukannya?
[Surah Ash-Shuʿarāʾ: 224-226]
=====
Penyair, penyanyi dan golongan seumpama, yang mahir menggubah kata-kata menjadi ayat berirama, realitinya mempunyai pengaruh.
Melalui pengaruhnya itu, mereka memiliki ramai pengikut (die-hard-fans) khususnya dalam kalangan ٱلۡغَاوُۥنَ (manusia yang lalai / sesat/ tiada halatuju).
Penyair, penyanyi & golongan seumpama masuk ke setiap kawasan yang boleh dimasuki bagi menyampaikan "syair-syair"nya dengan pelbagai mesej. Mereka berusaha menapaki tangga "glamour" peringkat internasional. Biar seluruh manusia mendengar apa yang disampaikan.
Ya, mereka memang masuk setiap "lembah".
Mereka menyampaikan mesej tentang cinta, gaya hidup, perhubungan dan segala macam bagi mempengaruh sudut pandang para peminat/ pengikut menurut acuan nilai mereka.
Dan hakikatnya, mereka tidak melakukan apa yang mereka sampaikan.
.
.
.
Dua golongan yang disebut sini iaitu
1) Si penyair/penyanyi
2) Si peminat/ pengikut
Dua-dua diancam Allah SWT.
Si penyair/penyanyi dikecam kerana menyampaikan mesej-mesej kesesatan. Si peminat/pengikut diancam kerana mengikut pempengaruh yang bawa pada kerosakan sudut pandang kehidupan.
Lagu..
...memang membahayakan sistem kepercayaan seseorang. Perkara haram dibuat rasa "biasa-biasa" sahaja. Kejelekan yang haram, dibuat jadi Indah.
Namun .
Ada pengecualian.
Hanyalah jika si penyair/ penyanyi tersebut mempunyai ciri-ciri berikut, barulah dia terlepas daripada golongan yang "sesat" lagi "menyesatkan".
=====
{ إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّٰلِحَٰتِ وَذَكَرُواْ ٱللَّهَ كَثِيرٗا وَٱنتَصَرُواْ مِنۢ بَعۡدِ مَا ظُلِمُواْۗ وَسَيَعۡلَمُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَيَّ مُنقَلَبٖ يَنقَلِبُونَ }
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh (dari kalangan penyair-penyair itu), dan mereka pula mengingati Allah banyak-banyak, serta mereka membela diri sesudah mereka dianiaya. Dan (ingatlah), orang-orang yang melakukan sebarang kezaliman, akan mengetahui kelak, ke tempat mana, mereka akan kembali.
[Surah Ash-Shuʿarāʾ: 227]
=====
Ulasan
Catat Ulasan