Menghitung usia


Bilakah kita menghitung usia?

Ketika ditanya "Berapa umur awak?"
Atau setiap kali tiba Hari Kelahiran?

Akhirat kelak, akan berlaku situasi di mana Allah swt bertanya seberapa lama kita hidup di dunia. Berapa tahun hidup di dunia?

Saat itu, logik matematik mengira usia ikut bilangan tahun tidak lagi digunakan. 

Tetapi, perkiraan adalah sebarapa lama, usia di dunia bermanfaat agar pada Hari Akhirat diampunkan Allah swt dan dimasukkan ke dalam syurga. 

Walau hidup beratus tahun, tapi dihabiskan berbuat zalim atas muka bumi, hidup di dunia tiada makna. Seakan-akan telah hidup tak lebih sehari, jika neraka abadi yang menanti. 

=====
قَـٰلَ كَمۡ لَبِثۡتُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ عَدَدَ سِنِينَ ( ١١٢ ) قَالُواْ لَبِثۡنَا يَوۡمًا أَوۡ بَعۡضَ يَوۡمٍ۬ فَسۡـَٔلِ ٱلۡعَآدِّينَ ( ١١٣ ) قَـٰلَ إِن لَّبِثۡتُمۡ إِلَّا قَلِيلاً۬‌ۖ لَّوۡ أَنَّكُمۡ كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ( ١١٤ ) أَفَحَسِبۡتُمۡ أَنَّمَا خَلَقۡنَـٰكُمۡ عَبَثً۬ا وَأَنَّكُمۡ إِلَيۡنَا لَا تُرۡجَعُونَ ( ١١٥ ) فَتَعَـٰلَى ٱللَّهُ ٱلۡمَلِكُ ٱلۡحَقُّ‌ۖ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ رَبُّ ٱلۡعَرۡشِ ٱلۡڪَرِيمِ ( ١١٦ ) 

Allah bertanya lagi : Berapa tahun lamanya kamu tinggal di bumi? (112) Mereka menjawab: Kami tinggal (di dunia) selama sehari atau sebahagian dari sehari; 

maka bertanyalah kepada golongan (malaikat) yang menjaga urusan menghitung (umur). (113) 

Allah berfirman: Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan sedikit masa sahaja, kalau kamu dahulu mengetahui hal ini (tentulah kamu bersiap sedia). (114) 

Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (dari tiada kepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? Dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada Kami? (115) Maka (dengan yang demikian) Maha Tinggilah Allah Yang Menguasai seluruh alam, lagi Yang Tetap Benar; tiada Tuhan melainkan Dia, Tuhan yang mempunyai Arasy yang mulia. (116)

Al-Mukminun : 112-116
=====

Begitulah, setiap kali tiba ulangtahun kelahiran, muhasabah diri. 

"Berapa tahun saya dah hidup di dunia?" 

Usah kira ikut tahun. Tapi, renung-renungkan kondisi iman dan amal soleh. Berapakah usia iman dan amal soleh agar usia di dunia ada timbangan nilai dan bermakna.

Tanya pada diri "Adakah saya mengambil inisiatif untuk menjadi produktif dan menguruskan masa saya dengan bijak selepas mengetahui bahawa kehidupan ini hanya akan bersamaan dengan sehari atau sebahagian daripadanya di akhirat?"

Ulasan