Musyrik : Yang memecah belahkan umat dan merasakan hanya golongannya sahajalah yang betul.



"Pernah dengar tak konsep syirik golongan?" Dia yang baru pulang dari kuliah memulakan bicara.

"Hah?" Temannya mengerutkan dahi. 

"Rupa-rupanya ada lebih daripada 5 konsep syirik dalam Quran. Ada 8 kalau tak silap." 

"Apa tu? Biasa dengar Tauhid 3. Tak pernah dengar Syirik 8." 

"Saya nak share tentang konsep syirik golongan. Kalau tak hati-hati, kita pun berisiko tergolong." 
.
.
.
.
Al-Quran sebagai kitab umat terakhir adalah sumber kebenaran daripada Robb yang akan terus terpelihara. Sumber yang satu inilah yang akan menyatukan umat. Biar pelbagai pendapat dan Cara fikir, saat manusia memilih merujuk kembali kepada Robb, tunduk kepada wahyu, hati akan disatukan. 

Tidak logik berlaku perpecahan kalangan orang beriman kerana Quran itu berfungsi menyatukan. 

=====
{ وَٱعۡتَصِمُواْ بِحَبۡلِ ٱللَّهِ جَمِيعٗا وَلَا تَفَرَّقُواْۚ وَٱذۡكُرُواْ نِعۡمَتَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡ إِذۡ كُنتُمۡ أَعۡدَآءٗ فَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِكُمۡ فَأَصۡبَحۡتُم بِنِعۡمَتِهِۦٓ إِخۡوَٰنٗا وَكُنتُمۡ عَلَىٰ شَفَا حُفۡرَةٖ مِّنَ ٱلنَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنۡهَاۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ ٱللَّهُ لَكُمۡ ءَايَٰتِهِۦ لَعَلَّكُمۡ تَهۡتَدُونَ }

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Qur'an), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.

[Surah Āli-ʿImrān: 103]
=====

Namun, jika golongan yang percaya kepada Al-Kitab saling memecah-belahkan. Menggelar orang beriman lain sebagai sesat jika enggan ikut sistem pemikiran golongan tertentu ( yang tidak bersandar kepada sumber primer Quran), berhati-hatilah.

Usah diulang jejak "ahli kitab" zaman dahulu. 
Usah diulang fenomena "ahli kitab" yang berpegang pada kitab-kitab mereka sebaliknya meninggalkan wahyu. 

Jangan sampai Allah SWT sendiri yang menggelar sebagai "musyrik" akibat sikap memecah-belahkan umat. 

=====
{ ۞مُنِيبِينَ إِلَيۡهِ وَٱتَّقُوهُ وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَلَا تَكُونُواْ مِنَ ٱلۡمُشۡرِكِينَ }

Hendaklah kamu (wahai Muhammad dan pengikut-pengikutmu) sentiasa rujuk kembali kepada Allah serta bertaqwalah kamu kepadaNya; dan kerjakanlah solat dengan betul sempurna; dan janganlah kamu menjadi dari mana-mana golongan orang musyrik -

{ مِنَ ٱلَّذِينَ فَرَّقُواْ دِينَهُمۡ وَكَانُواْ شِيَعٗاۖ كُلُّ حِزۡبِۭ بِمَا لَدَيۡهِمۡ فَرِحُونَ }

Iaitu orang-orang yang menjadikan fahaman agama mereka berselisihan mengikut kecenderungan masing-masing serta mereka pula menjadi berpuak-puak; tiap-tiap puak bergembira dengan apa yang ada padanya.

[Surah Ar-Rūm: 31-32]
======

Usah diulang jejak "ahli agama" sebelum ini yang menggunakan ayat-ayat mutashabihaat untuk mendatangkan fitnah pada agama.

=====
{ هُوَ ٱلَّذِيٓ أَنزَلَ عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَٰبَ مِنۡهُ ءَايَٰتٞ مُّحۡكَمَٰتٌ هُنَّ أُمُّ ٱلۡكِتَٰبِ وَأُخَرُ مُتَشَٰبِهَٰتٞۖ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ فِي قُلُوبِهِمۡ زَيۡغٞ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشَٰبَهَ مِنۡهُ ٱبۡتِغَآءَ ٱلۡفِتۡنَةِ وَٱبۡتِغَآءَ تَأۡوِيلِهِۦۖ وَمَا يَعۡلَمُ تَأۡوِيلَهُۥٓ إِلَّا ٱللَّهُۗ وَٱلرَّٰسِخُونَ فِي ٱلۡعِلۡمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلّٞ مِّنۡ عِندِ رَبِّنَاۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَٰبِ }

Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya. Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.

[Surah Āli-ʿImrān: 7]
=====

Ada manusia, ilmu kefahaman daripada ayat-ayat muhkamaat berfungsi sebagai panduan dalam hidup.
Ada manusia lain pula, memahami Quran untuk mencari fitnah menggunakan dalil ayat-ayat mutashabihaat. 

Dengan realiti dua golongan manusia ini, Allah SWT memberi panduan kepada kita (penuntut ilmu wahyu) melalui doa (Ali-Imran : 8) untuk berlindung daripada memiliki hati yang terpesong. 

Belajarlah AlQuran untuk menjadi hamba kepadaNya. 

Bukan datang kepada AlQuran dengan niat terpesong, memecah-belahkan umat, dan merasakan hanya golongannya sahajalah atas kebenaran. 

=====
رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةًۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ 

(Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.

[Surah Āli-ʿImrān: 8]
=====


Ulasan