Banyak mengingat Allah SWT , menjemput solawat daripadaNya & para malaikat




Semasa belajar Al-Baqarah lama dulu, saya pernah tulis tentang segolongan manusia, bukan Nabi, tapi dijanjikan solawat daripada Allah SWT. 

Siapa ingat golongan tersebut? 
Bukan Nabi. Manusia biasa. Tapi dapat solawat daripada Robb. 

Hah, kuiz di pagi Jumaat. 

Kali ini, dalam Surah Al-Ahzab, Allah SWT membongkar rahsia satu golongan manusia yang mendapat solawat daripada Allah SWT dan para malaikat. 

Itulah orang-orang beriman yang banyak ingat Allah SWT. Dan bertasbih kepadaNya pada waktu pagi dan petang :-) 

=====

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱذۡكُرُواْ ٱللَّهَ ذِكۡرٗا كَثِيرٗا }

Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya;

{ وَسَبِّحُوهُ بُكۡرَةٗ وَأَصِيلًا }

Dan bertasbihlah kamu kepadaNya pada waktu pagi dan petang.

{ هُوَ ٱلَّذِي يُصَلِّي عَلَيۡكُمۡ وَمَلَٰٓئِكَتُهُۥ لِيُخۡرِجَكُم مِّنَ ٱلظُّلُمَٰتِ إِلَى ٱلنُّورِۚ وَكَانَ بِٱلۡمُؤۡمِنِينَ رَحِيمٗا }

Dia lah yang memberi rahmat kepada kamu - dan malaikatNya pula (berdoa bagi kamu) - untuk mengeluarkan kamu dari gelap-gelita (kufur dan maksiat) kepada cahaya yang terang-benderang (iman dari taat); dan adalah Ia sentiasa Melimpah-limpah rahmatNya kepada orang-orang yang beriman (di dunia dan di akhirat).

[Surah Al-Aḥzāb: 41-43]
=====

Dalam Al-Quran, kalimah solawat daripada Allah SWT kepada hambaNya merujuk pujian dan rahmatNya. 

Manakala kalimah malaikat bersolawat kepada manusia pula bermakna malaikat berdoa agar manusia diampunkan dan dirahmati Allah SWT. 

Jom kita perbanyakkan mengingati Allah SWT. 
Menjemput solawat daripada Allah SWT dan para Malaikat. 

Luv,
Ayat Ibrahim
Tengah siapkan "Word Analysis" untuk prepare test juz 22 hujung minggu ni. 

#033AlAhzab

Ulasan