Beberapa minggu ni, dua hal berlaku.
Pertama, dalam kelas Ta'leem Al-Quran, saya diamanahkan untuk membuat slides pembentangan topik kaedah da'wah Nabi Hud dan Nabi Soleh a.s.
Kedua, saya mula bertugas sebagai panel kaunselor dan kembali masuk realiti masyarakat.
Lalu saya menemukan satu pengajaran besar yang tidak terfikir selama ini.
Selama ini, setiap kali baca surah Ash-Syams dan merenung ayat-ayat akhir, yang terlintas dalam fikiran "Teruknya kaum Thamud tu. Allah dah bagi mukjizat unta keluar dari batu, diorang pergi sembelih pulak unta tu?"
"Teruknya kaum Thamud,. Berani betul tidak penuhi hak unta Allah SWT sebagaimana yang telah diperintahkan."
Konon perspektif "orang luar", saya merasakan yang jika saya juga diberikan apa yang Kaum Thamud dapat, saya tak akan bertindak seperti mereka. Saya tak akan sembelih unta tersebut.
Akibat tindakan mereka, semua diazab sampai pupus kaumnya. Tak wujud lagi atas muka bumi.
Namun, bila tadabbur ayat-ayat mengenai perkahwinan sebagai persiapan menjadi panel kaunselor, saya seakan-akan baru perasan. Kalimah yang Allah SWT guna bagi merujuk unta tersebut dan pasangan suami isteri adalah sama.
Unta yang Allah SWT berikan kepada kaum Thamud, dirujuk sebagai ـَٔايَةٍ
مَآ أَنتَ إِلَّا بَشَرٌ۬ مِّثۡلُنَا فَأۡتِ بِـَٔايَةٍ إِن كُنتَ مِنَ ٱلصَّـٰدِقِينَ ( ١٥٤ ) قَالَ هَـٰذِهِۦ نَاقَةٌ۬ لَّهَا شِرۡبٌ۬ وَلَكُمۡ شِرۡبُ يَوۡمٍ۬ مَّعۡلُومٍ۬ ( ١٥٥ )
Engkau hanyalah seorang manusia seperti kami; oleh itu, bawakanlah satu tanda (mukjizat) jika betul engkau dari orang-orang yang benar. (154) Nabi Soleh berkata: Ini adalah seekor unta betina, (di antara cara-cara hidupnya ialah) air kamu hendaklah menjadi bahagian minumnya sehari dan bahagian kamu sehari, menurut giliran yang tertentu. (155)
Asy-Syu'ara : 154-155
Melalui kisah kaum Thamud ini, kita belajar bahawa dengan tanda-tanda kebesaran Allah swt, ada aturanNya. Ada haknya yang telah ditetapkan Allah SWT.
Tak boleh bertindak sesuka hati terhadap tanda kebesaran Allah tersebut (unta)
وَلَا تَمَسُّوهَا بِسُوٓءٍ۬ فَيَأۡخُذَكُمۡ عَذَابُ يَوۡمٍ عَظِيمٍ۬ ( ١٥٦ )
Dan janganlah kamu menyentuhnya dengan sesuatu yang menyakitinya; (jika kamu menyakitinya) maka akibatnya kamu akan dibinasakan oleh azab seksa hari yang besar (huru-haranya).
Asy-Syu'ara' : 156
Namun, apa yang kaum Thamud lakukan terhadap unta tersebut?
Mereka tak suka perintah Allah swt.
Mereka tak boleh sabar dengan amanah perlu beri minuman kepada unta tersebut. Akhirnya... mereka malahan menyembelihnya. Melanggar perintah Allah SWT
فَعَقَرُوهَا فَأَصۡبَحُواْ نَـٰدِمِينَ ( ١٥٧ ) فَأَخَذَهُمُ ٱلۡعَذَابُۗ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَةً۬ۖ وَمَا كَانَ أَڪۡثَرُهُم مُّؤۡمِنِينَ ( ١٥٨ ) وَإِنَّ رَبَّكَ لَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ ( ١٥٩ )
Akhirnya mereka menikam mati unta itu, kemudian mereka menyesal (setelah melihat kedatangan bala bencana). (157) Lalu mereka ditimpa azab yang membinasakan. Sesungguhnya peristiwa yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) dan dalam pada itu, kebanyakan mereka tidak juga mahu beriman. (158) Dan sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad), Dialah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengasihani. (159)
Asy-Syu'arak : 157-159
Begitulah sikap kaum Thamud terhadap "ayat" / mukjizat / tanda kebesaran Allah SWT.
Sekilas lalu, kisah kaum Thamud seakan-akan tiada kena-mengena dengan kita.
Tetapi baru-baru ni bila saya baca lagi ayat-ayat tentang perkahwinan dan masuk dalam sesi kaunseling, seakan-akan perbuatan kaum Thamud diulang tayang.
Kerana, dalam Al-Quran, pasangan suami isteri itu juga disebut sebagai "ayaat"/ tanda-tanda kebesaran Allah SWT.
وَمِنۡ ءَايَـٰتِهِۦۤ أَنۡ خَلَقَ لَكُم مِّنۡ أَنفُسِكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا لِّتَسۡكُنُوٓاْ إِلَيۡهَا وَجَعَلَ بَيۡنَڪُم مَّوَدَّةً۬ وَرَحۡمَةًۚ إِنَّ فِى ذَٲلِكَ لَأَيَـٰتٍ۬ لِّقَوۡمٍ۬ يَتَفَكَّرُونَ ( ٢١ )
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu pasangan-pasangan dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (21)
Ar-Rum : 21
Merenung kalimah ءَايَـٰتِهِ dalam ayat ini sambil mengingat kisah unta kaum Thamud, membawa saya kepada beberapa pertanyaan.
"Sebagaimana Allah swt dah tetapkan peraturan, perintah dan larangan dalam bersikap terhadap unta kaum Thamud, apa pula peraturan, perintah dan larangan yang Allah SWT dah tetapkan dalam bersikap terhadap pasangan?"
"Adakah saya boleh buat sesuka hati terhadap pasangan saya sebagaimana kaum Thamud berani menyembelih unta Allah SWT?"
Bolehkah si suami bernikah dengan tujuan hanya untuk melempiaskan syahwat tanpa mahu memberi nafkah sedangkan ada larangan menjadi musafih (nikah hanya untuk puaskan nafsu)?
۞ وَٱلۡمُحۡصَنَـٰتُ مِنَ ٱلنِّسَآءِ إِلَّا مَا مَلَكَتۡ أَيۡمَـٰنُڪُمۡۖ كِتَـٰبَ ٱللَّهِ عَلَيۡكُمۡۚ وَأُحِلَّ لَكُم مَّا وَرَآءَ ذَٲلِڪُمۡ أَن تَبۡتَغُواْ بِأَمۡوَٲلِكُم مُّحۡصِنِينَ غَيۡرَ مُسَـٰفِحِينَۚ
Also (forbidden are) women already married, except those (slaves) whom your right hands possess. Thus has Allâh ordained for you. All others are lawful, provided you seek (them in marriage) with Mahr (bridal - money given by the husband to his wife at the time of marriage) from your property, desiring chastity, not lust.
An-Nisa,4 : 24
Bolehkah isteri, setelah dikurniakan suami qawwam, tiba-tiba dia enggan menjadi solehah, enggan taat kepada Allah SWT, membuka aib suami serta mengikis harta suami?
ٱلرِّجَالُ قَوَّٲمُونَ عَلَى ٱلنِّسَآءِ بِمَا فَضَّلَ ٱللَّهُ بَعۡضَهُمۡ عَلَىٰ بَعۡضٍ۬ وَبِمَآ أَنفَقُواْ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡۚ فَٱلصَّـٰلِحَـٰتُ قَـٰنِتَـٰتٌ حَـٰفِظَـٰتٌ۬ لِّلۡغَيۡبِ بِمَا حَفِظَ ٱللَّهُۚ
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya
An-Nisa, 4 : 24
Begitulah.
Pertama kali refleksi surah Ash-shams dengan lensa berbeza.
Bahawa "penyakit" kaum Thamud yang berbuat sewenang-wenangnya terhadap "ayat" Allah SWT, mungkin ada pada zaman kita.
Seandainya hati masih "sakit", tak suka dengan perintah dan larangan Allah SWT.
Kaum Thamud mungkin mempersoalkan "Kenapa kami mesti beri minum kepada unta tersebut? Kenapa unta tu dapat hak sehari untuk minum?"
Jika begitulah sikap kaum Thamud, bagaimana pula sikap kita terhadap pasangan yang juga merupakan ayat-ayat Allah SWT?
Andai ada yang mempersoalkan hak yang Allah SWT berikan kepada pasangan. Dan enggan galas tanggungjawab sebagai pasangan yang telah Allah SWT gariskan...
... Mohonlah petunjuk daripadaNya. Sama-samalah kita merawat hati agar mampu meraih takwa.
قَدۡ أَفۡلَحَ مَن زَكَّٮٰهَا ( ٩ ) وَقَدۡ خَابَ مَن دَسَّٮٰهَا ( ١٠ ) كَذَّبَتۡ ثَمُودُ بِطَغۡوَٮٰهَآ ( ١١ ) إِذِ ٱنۢبَعَثَ أَشۡقَٮٰهَا ( ١٢ ) فَقَالَ لَهُمۡ رَسُولُ ٱللَّهِ نَاقَةَ ٱللَّهِ وَسُقۡيَـٰهَا ( ١٣ ) فَكَذَّبُوهُ فَعَقَرُوهَا فَدَمۡدَمَ عَلَيۡهِمۡ رَبُّهُم بِذَنۢبِهِمۡ فَسَوَّٮٰهَا ( ١٤ ) وَلَا يَخَافُ عُقۡبَـٰهَا ( ١٥ )
Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan), (9) Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat). (10) (Ingatlah), kaum Thamud telah mendustakan (Rasulnya) dengan sebab perbuatan derhaka mereka yang melampaui batas; (11) Ketika orang yang paling jahat di antara mereka menerima perintah dari mereka (supaya membunuh unta yang menjadi mukjizat), (12) Maka berkatalah Rasul Allah (Nabi Soleh) kepada mereka: (Janganlah kamu ganggu) unta betina dari Allah itu dan (janganlah kamu menyekatnya daripada mendapat) air minumnya (supaya kamu tidak ditimpa azab)! (13) (Setelah Nabi Soleh memberi amaran) lalu mereka mendustakannya serta menyembelih unta itu. Dengan sebab dosa mereka, maka Tuhan menimpakan mereka dengan azab yang membinasakan serta Dia meratakan azab itu meliputi mereka (sehingga punah-ranah semuanya). (14) Dan Allah tidak hiraukan kesudahan (mereka) yang demikian, (kerana itu adalah balasan yang adil). (15)
Ash-Shams : 9-15
Ulasan
Catat Ulasan