Pinjamkan Tuhan suatu pinjaman yang baik




Pernah tak dengar istilah "pinjamkan kepada Tuhan"? 

Eh, kenapa Tuhan nak pinjam dengan kita sedangkan semua yang kita punya adalah milik Allah SWT? 

Apa yang saya ada, sehinggakan saya boleh pinjamkan kepada Allah SWT? 

Sebenarnya,

Itulah bahasa cinta Robb kepada hambaNya. 

Jiwa hamba yang mengerti pasti rasa tersentuh dengan bicara Tuhan sebegini. Kerana Allah SWT mahu menggambarkan siapa yang memberi pinjaman kepada Allah SWT, Dia pasti "bayar" kembali pinjaman tersebut. Bahkan dengan yang lebih baik berganda-ganda. 

Istilah "pinjaman" menggambarkan perjanjian utuh yang pasti Allah SWT akan membayarnya kembali.

Jangan takut. 
Jangan khuatir rugi kerana Allah tidak akan memungkiri janji. 

=====
{ وَمَا لَكُمۡ أَلَّا تُنفِقُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلِلَّهِ مِيرَٰثُ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِۚ لَا يَسۡتَوِي مِنكُم مَّنۡ أَنفَقَ مِن قَبۡلِ ٱلۡفَتۡحِ وَقَٰتَلَۚ أُوْلَٰٓئِكَ أَعۡظَمُ دَرَجَةٗ مِّنَ ٱلَّذِينَ أَنفَقُواْ مِنۢ بَعۡدُ وَقَٰتَلُواْۚ وَكُلّٗا وَعَدَ ٱللَّهُ ٱلۡحُسۡنَىٰۚ وَٱللَّهُ بِمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ }

Dan mengapa kamu tidak membelanjakan harta benda kamu pada jalan Allah? - Padahal Allah jualah yang mewarisi langit dan bumi (serta segala isinya). Tidaklah sama di antara kamu, orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sebelum kemenangan (Nabi menguasai Makkah). Mereka itu lebih besar darjatnya daripada orang-orang yang membelanjakan hartanya serta turut berperang sesudah itu. Dan tiap-tiap satu puak dari keduanya, Allah janjikan (balasan) yang sebaik-baiknya. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya akan apa yang kamu kerjakan.

{ مَّن ذَا ٱلَّذِي يُقۡرِضُ ٱللَّهَ قَرۡضًا حَسَنٗا فَيُضَٰعِفَهُۥ لَهُۥ وَلَهُۥٓ أَجۡرٞ كَرِيمٞ }
Siapakah orangnya yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas) supaya Allah melipat-gandakan balasannya? Dan (selain itu) ia akan beroleh pahala yang besar!

[Surah Al-Ḥadīd: 10-11]
=====

Istilah sedekah kita gunakan saat memberi kepada orang miskin dan anak yatim yang memerlukan. 
Selain infaq untuk kemasalahatan masyarakat, ada satu lagi jenis infaq khusus untuk perjuangan di jalan Allah SWT. Inilah yang dimaksudkan dengan Qardan Hasanan (pinjaman yang baik). 

Apakah contoh-contoh Qardan Hasanan? 

- Taja usaha kajian bagi menghasilkan model & modul pendidikan rabbani untuk masyarakat. 

- Melaksanakan kelas faham Al-Quran.

- Taja masyarakat untuk daftar kelas faham Quran
 
- Bantu beli alat-alat untuk mengajar Quran (mikrofon, komputer, handphone)

- Gaji guru-guru alQuran agar ada pendidik dalam masyarakat. 

-Beri biasiswa kepada pelajar yang bakal menjadi guru Tadabbur quran.

Dan macam-macam lagi. 
 
Semua usaha perjuangan atas jalan Allah swt ini diistilahkan sebagai "pinjaman yang baik" kepada Allah SWT. Bahawa Dia pasti akan membayarnya dengan yang lebih baik. 

Justeru,

Jangan takut rugi. 
Jangan takut kekurangan harta. 
Allah pasti membayar kembali pinjaman tersebut. 

Dan. 
Sesuatu yang menarik, cuba renungkan kenapa ayat Qardan  Hasanan ini duduknya dalam Surah besi (Al-Hadid)? 

Kerana realitinya, usaha dakwah melaksanakan sunnah terbesar Nabi (ajarkan wahyu) banyak memanfaatkan besi. 

Kenderaan, Telefon, komputer, pembesar suara, mikrofon... 
Semuanya daripada besi. 

Meskipun besi bukan berasal bumi, tetapi Dia turunkan ke bumi bagi melihat siapa yang memanfaatkan besi untuk perjuangan agama. 

=====
{ لَقَدۡ أَرۡسَلۡنَا رُسُلَنَا بِٱلۡبَيِّنَٰتِ وَأَنزَلۡنَا مَعَهُمُ ٱلۡكِتَٰبَ وَٱلۡمِيزَانَ لِيَقُومَ ٱلنَّاسُ بِٱلۡقِسۡطِۖ وَأَنزَلۡنَا ٱلۡحَدِيدَ فِيهِ بَأۡسٞ شَدِيدٞ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ وَلِيَعۡلَمَ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥ وَرُسُلَهُۥ بِٱلۡغَيۡبِۚ إِنَّ ٱللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٞ }

Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan 

dan kami telah menurunkan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

[Surah Al-Ḥadīd: 25]
=====

Refleksi diri,

Mahu beri pinjaman kepada Allah SWT akan pinjaman yang baik?

Apa yang mahu dipinjamkan?

Ulasan