Bayangkan situasi ini. Anda tiba awal ke suatu majlis ilmu lalu bersegera duduk di kerusi harapan. Kelas pun bermula. Lama kemudian, tiba-tiba datang beberapa peserta baru. Kelewatan mereka membuat anda sangat-sangat terganggu. Untuk seketika, mereka mencuri tumpuan kerana terpaksa mencari-cari apakah ada lagi tempat kosong untuk diduduki. Anda menjegilkan mata kepada salah seorang daripada mereka dan meletakkan jari telunjuk di mulut sebagai isyarat senyap. Rakan sebelah anda, lebih kecewa. Kerana rupa-rupanya salah seorang peserta lewat adalah tetamu terhormat lalu pihak penganjur menyuruh rakan anda bangun dan duduk di belakang. Anda ternampak riak tidak senang pada wajah rakan tersebut. Anda mengharapkan amarahnya reda agar tetap boleh menikmati pengajian dengan selesa. Tiba-tiba penganjur berbisik sesuatu kepada rakan anda lalu anda nampak terukir senyuman pada bibirnya. Mungkin ada sesuatu yang dijanjikan, merawat kecewa setelah disuruh berpinda...
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain